Isnin, 21 Disember 2009

Ajaibnya Unta


Assalamualaikum. Harini idah nak cerita sikit tentang Hikmah Ciptaan. Cerita ni idah ambil dari buku Asuh. Dalam tajuk Ajaibnya Unta.

Kawan-kawan nak tahu tak?

1. Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan
sejuk, tetapi juga mancegah tubuhnya daripada kehilangan air.

2. Unta dapat manghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu
badannya sehingga 41 darjah celcius.

3. Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya menjadi perisai daripada pasir
dan debu padang pasir.

4. Unta mampu menghabiskan 30-50 kg makanan sehari jika ada makanan. Jika
kekurangan makanan, unta mampu bertahan dengan hanya makan dua kilogram
rumput sebulan.

5. Unta dapat hidup tanpa makanan dan air selama lapan hari di bawah suhu 50
darjah celcius.

6. Unta dapat meneguk aur sebanyak 130 liter dalam jangka masa 10 minit
(yakni kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya.


Oleh itu kawan-kawan, jangan diragui ciptaan yang belum kita lihat lagi seperti, syurga,neraka,Padang Mahsyar dan sebagainya kerana kita telah melihat "keajaiban" ciptaan yang sedia ada pada hari ini. Mungkin inilah pengajaran di sebalik dorongan Allah agar kita melihat unta... bagaimana ia diciptakan!

Wassalam.

Rabu, 9 Disember 2009

Jangan lupa

Assalamualaikum.

Terutama sekali idah ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis blog. Bukan apa, ayah idah terlalu sibuk dan tiada masa untuk idah duduk depan komputer.

Kalau kat rumah, komputer idah rosak,kat kampung pula, sepupu-sepupu idah nak guna. Jadi terpaksalah buka blog masa tak ada orang kat depan komputer ni. Takpelah, nak buat macam mana lagi, kan?

Kawan-kawan mesti rasa seronok kan duduk di kampung. Dapat jumpa sepupu yang dah lama kita tak jumpa.

Tapi, dalam keseronokan kita tu, kita MESTI buat ulangkaji pelajaran juga. Barulah kita tidak ketinggalan atau lupa pelajaran yang telah kita ketahui.
Selain itu, kita juga dapat manambah ilmu pengetahuan yang belum diketahui.

Kawan-kawan, nabi pernah bersabda bahawa, "kejarlah ilmu sehingga ke negara Cina sekalipun". Oleh itu, pada musim sekolah ini, jangan kita melupakan "pekerjaan" kita, iaitu, BELAJAR. Sampai sini sahaja idah boleh kongsikan dengan kawan-kawan. Jangan lupa lakukan apa yang idah katakan tadi,ye.

Wassalam...

Jumaat, 20 November 2009

Blog Bicara Sempoi..

Salam..
Hari ni baru tahu ada jugak bog bicara sempoi..hehe rasa rasanya okey jugak kalau idah ikut sama. Umi kata kalau nak bagi orang tahu pasal blog kita kena rajin rajin masuk blog orang lain..
Harap harap lepas ni blog mutiara hati akan femes..hehe..bukan kayapun tapi seronok bila ramai orang baca blog kita..

Rabu, 18 November 2009

Sekali lagi

Assalamualaikum. Harini idah nak cerita tentang idah dapat wakil sekolah sekali lagi. Gembiranya... Kali ni idah wakil sekolah dalam khatam al quran pulak.

Dulu, masa ustazah cakap, dua orang pempuan, (termasuk idah) sorang lelaki. Rasa lega lah sikit. Dah sampai masa nak pergi tu kawan pempuan takde, ingat ayah dia tak bagi, rupanya ustazah tersilap. Dua orang lelaki, sorang pempuan. Hm... Nasib lah kan?

Kat dalam kereta, budak dua orang tu tak reti nak diam. Geram betul, dah la tu, ejek idah dalam kereta. Ustazah pulak tumpang gelak je. Dalam hati cakap, "Sabar idah, sabar. Cobaan..."

Dah sampai sana, jumpa pulak kawan yang masa kat PRS tu. Tapi dia tak nampak. Kalau perempuan, ingat nak tegur, ni lelaki. Kalau tegur, budak yang ikut sama tu mula lah dia, padan, dua-dua mulutnya "lazer". Nak buat macam mana. Masa ustazah tengah daftar, dia pulak ternampak, senyum je lah. Kalau tak senyum, nanti orang kata sombonglah pulak.

Sesi tilawah pun bermula, punyalah lama kena tunggu ustazah susun turutan... Idah duduk barisan depan. Sambil tunggu ustazah susun, idah berbual dulu dengan kawan bersebelahan.

Siap susun, ada pengarah pelajaran datang. Macam macam upacara diadakan. Yang paling lama mestilah masa tilawah kan?

Dah nak balik tu, idah dengan kawan satu sekolah terpaksa makan tengah hari kat tepi longkang. Kesian kan? Dah tak de tempat nak duduk. Semua dah penuh. Nak cepat. Kalau lambat, lambat lah sampai sekolah. Dah lah makan masa lama nak sampai ke sekolah tu. Kalau dekat tak pe lah jugak.

Oklah. Sampai sini saja coretan idah kali ini untuk dikongsi bersama orang lain. Nanti kalau ada cerita lagi idah tulis,ye...
Wassalam.

Ahad, 15 November 2009

Wakil sekolah

Assalamualaikum.
Dah lama tak tulis ni. Hari ni idah nak cerita tentang idah terpilih jadi wakil sekolah. Wakil sekolah PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) Rasa gembira tak terkata. Maklumlah, dalam berpuluh-puluh orang, idah juga yang dipilih.

Sebelum pergi rasa terkejut sebab idah sorang je pergi. Ingatkan ada lah dua ke, tiga ke orang nak teman, hai. tak de lah kawan nanti. Tapi idah rasa tak pe lah,kan. Lagipun, bukan idah sorang je pergi.Dah sampai sana, idah tengok ramai juga kawan.Baru sekejap fasililator tu bagi taklimat, dah ada orang tegur idah, lepastu fasililator tu suruh menyanyi lah, senyum sambil pandang kawan lah. Eee, macam-macam. Macam-macam perasaan ada mase tu. Malu lah, gembira lah. Tapi bila dah lama lama tu, perasaan malu dah hilang, dah ramai kawan, mulut tak habis habis berborak. he he he. Tadi malu, diam je.

Dah sampai kat dorm untuk berehat, mula lah sesi berborak,(dalam keadaan bising) Kekadang, kena marah gak dengan fasililator. Tapi heran ape. Dah dapat kawan, nasib lah sape nak berehat tu. hehee. Tapi dah nak balik tu, rasa macam kejap je dengan diorang. Rasa macam tak nak balik. Yelah, banyak kenangan manis kitorang bersama masa kat sana. Kenangan pahit pun kena temberang dengn fasililator. he he. Kitaorang kat sana kalau kena marah, bukan stop. Melebih adalah. Nakal kan kitorang ni? Tak kira lelaki atau pempuan. ok lah. Sape sape kawan yang ada kat sana, kalau terbuka blog ni, jomlah chat nak? E-mail idah, anaksoleh_98@yahoo.com. ok? Jumpa lagi. Wassalam.

Isnin, 9 November 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum warahmatullah
Alhamdulillah bersyukur terhadap Allah kerana dapat juga idah mencapai hasrat idah untuk mempunyai blog peribadi. Gembira tak terkata....seronoknya... dah lama nak bina blog, tapi asyik kena bangkang dengan umi. kali ni umi sendiri dah bantu, maklumlah, periksa akhir tahun dah habis...he he he
Tapi umi cakap kalau result tak elok, kena stop leee. sedih tul lah...
Untuk semua friend, kalau ada masa lapang, jenguk-jenguk lah blog ni. Boleh kongsi citer dan ilmu...
jumpa lagi...

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008