Isnin, 21 Disember 2009

Ajaibnya Unta


Assalamualaikum. Harini idah nak cerita sikit tentang Hikmah Ciptaan. Cerita ni idah ambil dari buku Asuh. Dalam tajuk Ajaibnya Unta.

Kawan-kawan nak tahu tak?

1. Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan
sejuk, tetapi juga mancegah tubuhnya daripada kehilangan air.

2. Unta dapat manghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu
badannya sehingga 41 darjah celcius.

3. Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya menjadi perisai daripada pasir
dan debu padang pasir.

4. Unta mampu menghabiskan 30-50 kg makanan sehari jika ada makanan. Jika
kekurangan makanan, unta mampu bertahan dengan hanya makan dua kilogram
rumput sebulan.

5. Unta dapat hidup tanpa makanan dan air selama lapan hari di bawah suhu 50
darjah celcius.

6. Unta dapat meneguk aur sebanyak 130 liter dalam jangka masa 10 minit
(yakni kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya.


Oleh itu kawan-kawan, jangan diragui ciptaan yang belum kita lihat lagi seperti, syurga,neraka,Padang Mahsyar dan sebagainya kerana kita telah melihat "keajaiban" ciptaan yang sedia ada pada hari ini. Mungkin inilah pengajaran di sebalik dorongan Allah agar kita melihat unta... bagaimana ia diciptakan!

Wassalam.

0 ulasan:

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008