Rabu, 9 Disember 2009

Jangan lupa

Assalamualaikum.

Terutama sekali idah ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis blog. Bukan apa, ayah idah terlalu sibuk dan tiada masa untuk idah duduk depan komputer.

Kalau kat rumah, komputer idah rosak,kat kampung pula, sepupu-sepupu idah nak guna. Jadi terpaksalah buka blog masa tak ada orang kat depan komputer ni. Takpelah, nak buat macam mana lagi, kan?

Kawan-kawan mesti rasa seronok kan duduk di kampung. Dapat jumpa sepupu yang dah lama kita tak jumpa.

Tapi, dalam keseronokan kita tu, kita MESTI buat ulangkaji pelajaran juga. Barulah kita tidak ketinggalan atau lupa pelajaran yang telah kita ketahui.
Selain itu, kita juga dapat manambah ilmu pengetahuan yang belum diketahui.

Kawan-kawan, nabi pernah bersabda bahawa, "kejarlah ilmu sehingga ke negara Cina sekalipun". Oleh itu, pada musim sekolah ini, jangan kita melupakan "pekerjaan" kita, iaitu, BELAJAR. Sampai sini sahaja idah boleh kongsikan dengan kawan-kawan. Jangan lupa lakukan apa yang idah katakan tadi,ye.

Wassalam...

0 ulasan:

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008